July 10, 2020 : | DECLAIMER | » T » TEMPAT DAN ORANG YANG TEPAT, AKAN MENGHARGAI KAMU DENGAN NILAI YANG BETUL


TEMPAT DAN ORANG YANG TEPAT, AKAN MENGHARGAI KAMU DENGAN NILAI YANG BETUL


Seorang bapa berkata kepada anaknya:
"Kamu lulus peperiksaan dengan kepujian, ini adalah kereta yang ayah beli bertahun-tahun yang lalu. Ayah sayang dan simpan untuk hadiahkan kepada kamu"

Si anak melihat kereta yang agak lusuh dan terbiar lama di garaj usang. 

"Tetapi sebelum ayah berikan kepada kamu, bawalah ke kedai menjual kereta terpakai dan beritahu mereka bahawa kamu ingin menjualnya dan lihat berapakah nilai yang akan mereka tawarkan kepada kamu."

Anak lelaki itu pergi ke kedai kereta terpakai dan kembali kepada bapanya dan berkata:

"Mereka menawarkan saya 5000 kerana kereta itu tidak terjaga dan kelihatan sangat usang."

Si bapa berkata, "Cuba bawa ke kedai yang boleh di gadai."

Anak lelaki itu pergi ke kedai gadai. Kembali kepada bapanya dan berkata:

"Kedai itu menawarkan 500 saja  kerana ia adalah sebuah kereta yang sangat tua."

Kemudian Si bapa meminta anaknya pergi ke sebuah kelab kereta dan menunjukkan kepada mereka kereta itu. 

Anak lelaki itu membawa kereta itu ke kelab, kembali dan memberitahu bapanya:

“Beberapa orang di kelab itu menawarkan  100,000 untuknya kerana ia adalah Nissan Skyline R34. Kereta ikonik dan dicari oleh banyak orang.

Si bapa berkata kepada anaknya:

"AYAH NAK KAMU TAHU...TEMPAT DAN ORANG YANG TEPAT, AKAN MENGHARGAI KAMU DENGAN NILAI YANG BETUL"

1.Sekiranya kita tidak dihargai, jangan marah, ini bermakna kita berada di tempat yang salah.

2.Mereka yang benar kenal ..pasti tahu bagaimana untuk menghargai. 

3.Jangan tunggu lama2 ditempat kita tidak dihargai. 

4.Jangan buang masa berurusan dengan orang yang tidak menghargai kita.

#CNP dari Penulis yang tak diketahui.😅

Also Read:

Reader's Comments

  1. |

    Mendalam betul artikal ni..tqsm 4 sharing

Popular Posts Last 7 days

List