Wednesday, January 25, 2023

Doakan itu lebih baik d ari mengeluarkan kata-kata hina.

1. Setiap manusia itu cuba jadi baik. Walau dia berkilo dosa dahulu.

2. Kalau kita mahu manusia lebih rapat dengan Tuhan, pimpin dan dorong. Bukannya paksa dengan keras dan hentam dia. Manusia akan berubah, kalau kena dengan caranya.

3. Antara tanda masalah hati paling kronik apabila dia rasa dia paling sempurna, mulia dan manusia lain rendah martabatnya.

4. Semua mahu dunia jadi lebih baik. Tapi caranya salah dan mengaibkan.

5. Allah jaga aib kita. Tapi kita seronok membuka aib orang lain. Dan yang pastinya, kita pun belum pasti syurga atau neraka tempat terakhir kita.

6. Tolonglah hentikan komen negatif di akaun sesiapa. Tak suka, jangan tengok, jangan baca, jangan follow. Jaga jari anda dari merosakkan hari orang lain, hanya kerana hidup anda tidak seindah mereka.

0 comments:

Post a Comment

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!